Polis Zionis Tangkap Wanita Di Al-Aqsa

aqsaAL-QUDS, 24 Feb 2015 (Ma’an) — Polis Zionis menangkap lima wanita Palestin sejurus mereka keluar meninggalkan kawasan Masjid al-Aqsa.

Ramzi Kteilat, seorang ahli pertubuhan “Peguam Untuk al-Quds” dalam kenyataannya menyebut bahawa salah seorang yang ditangkap telah dibebaskan, manakala empat lagi terus berada dalam tahanan. Mereka yang masih ditahan adalah Jihad Ghazzawi, Fatima Ulayan, Latifa Mkheimer dan Khadija Khweis.

Dalam perkembangan lain, dua wanita al-Quds telah dibebaskan setelah ditahan selama satu hari apabila ditangkap di luar kawasan Masjid al-Aqsa. Setelah dibebaskan, Wisal Idrees dan Sina Sheikha dikenakan denda sebanyak 500 Shekels (US$125) dan dilarang memasuki masjid selama 45 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts