Polis Zionis tutup jalan sekitar Masjid al-Aqsa, tangkap 2 pemuda Palestin

KOTA BAITULMAQDIS, 30 Julai 2020 — Polis Zionis menutup beberapa jalan menuju ke Masjid al-Aqsa, dan menangkap dua pemuda Palestin berdekatan tapak suci tersebut malam tadi.

Mereka menutup jalan menuju ke Pintu al-Maghareba di barat Masjid al-Aqsa dan kota Silwan di tenggara masjid suci itu.

Tindakan tersebut dibuat menjelang rancangan pendatang Yahdui menceroboh masuk Masjid al-Aqsa secara besar-besaran, kononnya bagi memperingati perisitwa kemusnahan kuil mereka.

Dua pemuda Muhammad Zughair dan Muhammad Najeeb ditangkap di Bab al-Asbat, salah satu pintu menuju ke Masjid al-Aqsa.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts