Polis Zionis tutup Masjid al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 11 Jun 2017 (IMEMC) — Polis penjajah Zionis pagi tadi menghalang para jemaah masuk atau keluar Masjid al-Aqsa atas alasan pendatang Yahudi yang menceroboh masuk perkarangan masjid suci itu dibaling dengan batu.

Semua pintu masjid ditutup selepas seorang pendatang Yahudi dikatakan cedera dibaling dengan batu ketika melakukan ritual berdekatan Pintu Moroko, di luar tapak suci Islam itu.

Setiap hari, puluhan pendatang Yahudi yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan menodai tapak suci umat Islam itu sedangkan pelbagai bentuk halangan dikenakan ke atas penduduk Islam yang ingin masuk beribadah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts