Polis Zionis ugut denda peniaga yang buka kedai di al-Quds

AL-QUDS, 15 Julai 2017 (PIC) — Kota Lama al-Quds tidak pernah menyaksikan keadaan seburuk hari ini, di mana pasukan keselamatan Zionis memasang sekatan jalan dan menutup kota suci itu, serta mengugut peniaga Palestin supaya tidak membuka kedai mereka.

Peniaga yang berkeras membuka kedai mereka pada hari ini dipukul oleh pasukan polis dan diugut dengan denda sebanyak 5,000 shekel sekiranya tidak menutup kedai serta-merta.

Tidak seorang pun dibenarkan memasuki Kota Lama, kecuali penduduknya. Itu pun hanya setelah mereka diperlekeh dan diperiksa dengan sangat teliti.

Susulan kejadian tembak-menembak di Masjid al-Aqsa pagi semalam, polis Zionis menutup semua pintu Masjid al-Aqsa di mana solat jemaah tidak dibenarkan dan laungan azan tidak lagi berkumandang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts