PRC lancar kempen batalkan sambutan 100 tahun Deklarasi Balfour

LONDON, 30 Okt 2017 — Palestinian Return Center (PRC) melancarkan sebuah laman sesawang bagi kempen memberi tekanan kepada Royal Albert Hall supaya membatalkan acara sambutan memperingati 100 tahun Deklarasi Balfour.

Mereka yang prihatin terhadap tragedi ke atas penduduk Palestin akibat deklarasi tersebut boleh menyertai protes tersebut melalui alamat https://prc.org.uk/en/campaign/2/. PRC juga membuka ruang kepada peserta untuk menyatakan bantahan mereka terhadap sambutan tersebut melalui laman Twitter dengan tanda pagar #Balfour100.

Lima hari lalu, Perana Menteri Britain Theresa may mengesahkan beliau akan menyertai sambutan memperingati 100 tahun Deklarasi Balfour dengan penuh kebanggaan.

Deklarasi Balfour yang ditandatangani oleh Arthur James Balfour pada 2 November 1917 telah mencabul hak penduduk Palestin di atas tanah air mereka sendiri serta membuka laluan kepada penubuhan negara haram Zionis.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts