Presiden Abbas terima perletakan jawatan Perdana Menteri

RAMALLAH, 29 Jan 2019 — Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, hari ini menerima perletakan jawatan yang diserahkan oleh Perdana Menteri Rami Hamdallah kepada beliau.

Kenyataan kabinet Palestin menyebut mereka akan “terus berkidmat untuk semua rakyat dan memikul tanggung jawab sehingga kerajaan baharu dibentuk.”

Hamdallah, 60, memegang jawatan tersebut sejak 6 Julai 2013. Beliau dikatakan meletak jawatan apabila rakyat membantah Undang-Undang Keselamatan Sosial.

(Maan, WAFA, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts