Presiden rejim Zionis jamin beri keampunan kepada tenteranya

AL-QUDS, 28 Ogos 2017 — Presiden rejim Zionis Reuven Rivlin semalam menegaskan bahawa beliau akan memberi keampunan kepada tenteranya yang telah membunuh penduduk Palestin ketika menjalankan tugas.

Beliau menyeru supaya tentera yang telah membunuh penduduk Palestin memfailkan permohonan bagi membatalkan sepenuhnya semua pertuduhan, dengan harapan langkah itu dapat membantu mereka maju dalam kerjaya dan memudahkan integrasi ke dalam masyarakat.

Keampunan tersebut akan diberi kepada setiap askar, tanpa mengira berapa orang penduduk Palestin yang telah dibunuh. “Setiap orang, terutamanya askar yang telah menamatkan khidmat amat berguna, ada pilihan untuk diberi keampunan untuk memusnah rekod jenayah,” kata beliau.

(YNet News)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts