Prof al-Barghouthi dipindah ke pejabat Shin Bet untuk soal siasat

RAMALLAH, 29 Mei 2016 (Maan) — Profesor Imad al-Barghouthi pagi ini dipindahkan dari penjara Ofer ke ibu pejabat Shin Bet untuk disoal siasat, iaitu pada hari beliau sepatutnya dibebaskan.

Khamis lalu mahkamah rayuan tentera Zionis di Ofer memutuskan untuk membebaskan beliau pada hari ini.

Profesor al-Barghouthi, 54, merupakan seorang pakar astrologi dan plasma fizik di Universiti al-Quds. Beliau ditangkap pada 24 April lalu di sekatan Nabi Saleh berdekatan Ramallah. Beliau dikenakan tahanan pentadbiran tanpa pendakwaan dan pengadilan selama tiga bulan.

Pihak pendakwa mahkamah tentera Zionis mendakwa bahawa penahanan beliau terkait dengan tulisan beliau di laman sosial Facebook.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts