Profesor Barghouthi dihukum penjara 7 bulan

RAMALLAH, 9 Okt 2016 (Maan) — Mahkamah tentera Zionis di penjara Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan ke atas pakar astrofizik Palestin, Profesor Imad Barghouthi, 54, atas tuduhan menghasut menghasut melalui laman Facebook.

Beliau turut dikenakan denda sebanyak 2,000 shekel (RM2,200).

Profesor Barghouti yang merupakan seorang pensyarah di Universiti al-Quds pernah ditahan pada tahun 2014, sebelum ditangkap lagi pada bulan April lalu di bawah tahanan pentadbiran.

Mahkamah Zionis mengarah beliau dibebaskan pada akhir bulan Mei kerana tidak mempunyai bukti, namun dituduh menghasut beberapa hari kemudiaannya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts