Protes Pengepungan Gaza Semakin Memuncak di Kaherah

Gambar oleh Ali Abunimah31 Dis, Kaherah – Polis Mesir memukul dan menendang aktivis antarabangsa saat mereka menganjurkan demonstrasi di ibukota Mesir pada hari Selasa (29/12) yang mengakibatkan seorang peserta cedera di tulang rusuk, kata penganjur protes.

“Para peserta dari Aksi Himpunan Bebaskan Gaza yang sedang berkumpul di Kaherah telah ditahan secara paksa di hotel-hotel di sekitar (Kaherah) serta disekat pergerakan mereka di Mesir Tahrir Square oleh polis dan pasukan keselamatan tambahan,” kenyataan dari pihak penganjur protes.


Pertembungan telah berlaku antara polis dan para penunjuk perasaan, ada yang di tendang, dipukul dan diseret, Saksi pada protes di luar Muzium Kaherah mengatakan kepada AFP bahawa polis melakukan tindakan kekasaran terhadap beberapa aktivis.

Sekurang-kurangnya 200 aktivis antarabangsa telah berkumpul di pusat bandar Kaherah pada hari Selasa lalu sebagai sebahagian daripada beberapa siri demonstrasi selama seminggu di Mesir bagi memprotes penolakan Mesir untuk memberikan keizinan 1300 ahli Konvoi Kebebasan Gaza yang datang daripada 42 buah negara untuk memasuki Jalur Gaza bagi membawa bantuan dari negeri masing-masing.

“Kami terkurung di hotel kami. Ada barisan polis dan enam kereta polis anti huru hara di luar pintu masuk hotel dan kami diberitahu bahawa kami tidak boleh keluar,” salah satu penyelenggara dari Portugal, Ziyaad Lunat, kepada AFP.

Pada hari Rabu lepas, seramai 86 aktivis antarabangsa dibenarkan masuk ke Gaza dari Mesir selepas campur tangan oleh isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak, namun panitia mengatakan bahawa mereka pergi sebagai individu dan bukan atas nama Kumpulan Kebebasan Gaza. Maktoob/AFP

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts