Protokol Yahudi Siri 9

9) Mengawal atau menguasai rakyat dan pergerakan-pergerakan yang ada di dalam sesebuah negara.

Salah satu cara untuk menguasai rakyat adalah dengan mengharamkan senjata kepada mereka. Kita lihat sekarang dalam banyak negara-negara Islam di dunia ini, termasuklah negara kita sendiri, senjata api diharamkan kepada rakyat. Barangsiapa yang memiliki senjata akan dijatuhkan hukuman yang berat. Perkara seperti ini berlaku di negara-negara Islam sedangkan mengikut Islam membawa senjata itu adalah sunat.

Di US sekarang ini satu kempen yang kuat sedang dijalankan untuk menukar pemikiran masyarakat agar mereka bersetuju untuk mengharamkan senjata. Sebarang kejadian atau keganasan yang berlaku yang boleh menyokong pendapat untuk mengharamkan senjata itu akan dibesar-besarkan dalam televisyen dan akhbar.

10) Merosakkan kedudukan atau imej pemimpin-pemimpin agama dan mengurangkan pengaruh mereka.

Ini boleh dilakukan dengan mudah kerana kebanyakan pertubuhan-pertubahan agama adalah cukup terbuka. Pemimpin-pemimpin agama yang hendak dijatuhkan akan dihebohkan keburukan atau kelemahan mereka, melibatkan mereka dalam skandal dan Iain-lain lagi yang boleh merosakkan kedudukan mereka sebagai seorang pemimpin.

Di US ini misalnya cukup banyak keburukan-keburukan mengenai pemimpin-pemimpin agama kristian mereka yang dihebohkan dalam media massa seperti Jimmy Swaggart dan James Bakker. Perkara seperti ini akan membuatkan masyarakat hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin agama mereka, dan seterusnya hilang kepercayaan kepada agama mereka.

11) Elakkan orangramai daripada mengetahui atau menyedari rancangan jahat master planner itu.

Dengan menipu mereka dan menyibukkan mereka dengan urusan dunia dan kerja-kerja mereka. Juga mereka akan cuba untuk halakan rasa marah, rasa tak puas hati dan tentangan orang ramai itu ke arah yang salah, bukan ke arah master planner itu tadi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts