Puluhan cedera sesak nafas dalam serangan tentera Zionis di Qalqilya

QALQILYA, 6 Sep 2016 (PIC) — Puluhan penduduk Palestin cedera sesak nafas dalam pertempuran dengan tentera penjajah Zionis di daerah Qalqilya dan Tulkarem awal pagi tadi.

Pertempuran tercetus apabila tentera menyerang masuk dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rumah penduduk.

Tentera turut memecah masuk rumah almarhumah Rasha Aweissi, yang mereka bunuh di sekatan tentera Eliyahu berdekatan kawasan penempatan haram Alfei Menashe pada 9 November 2015 lalu, dengan mencetus ketegangan serta menyerang ahli keluarga tersebut.

Rumah keluarga Tahseen Abu Asab turut dipecah masuk dan keluarganya juga diserang.

Pertempuran juga tercetus di kem pelarian Nour Shams di Tulkarem apabila tentera Zionis menyerang masuk kem tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts