Ringkasan

Puluhan Pegawai Zionis Ceroboh Al-Aqsa

AL-QUDS, 21 Jan 2015 (Ma’an) — Sekumpulan pegawai Kementerian Luar Zionis yang dikawal oleh tentera menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa awal pagi semalam.

Pegawai Penerangan bagi Kementerian Wakaf Palestin, Firas al-Dibs, melaporkan seramai 40 orang pegawai Zionis tersebut memasuki kawasan masjid melalui Pintu al-Maghriba.

Seramai 30 orang lagi Yahudi turut menceroboh masuk dalam kumpulan-kumpulan yang berbeza, sambil membuat provokasi terhadap jemaah masjid yang berada di situ. Para jemaah dilaporkan membalas provokasi mereka dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Menurut Firas lagi, seramai 15 orang pegawai perisik Zionis juga telah memasuki kawasan masjid semalam.

Sementara itu, pegawai-pegawai Zionis yang ditempatkan di luar pintu masuk utama masjid telah merampas kad pengenalan para Muslimat yang memasuki masjid. Seorang Muslimat ditangkap sejurus beliau keluar masjid melalui Pintu Hatta.

Masjid al-Aqsa yang terletak di tengah kota lama al-Quds itu merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts