AL-QUDS, 10 Mac 2016 (PIC) — Puluhan pendatang Yahudi pagi tadi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa dengan dikawal ketat oleh pasukan polis.
Seramai 138 orang pendatang, termasuk 78 pelajar universiti dan seorang pegawai antikuiti Zionis, menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghariba yang dikawal oleh pasukan keselamatan Zionis.
Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi menghasut pengikut mereka supaya berarak secara besar-besaran ke masjid suci umat Islam itu sepanjang tempoh beberapa hari akan datang bersempena musim perayaan Yahudi.