Puluhan penduduk Gaza termasuk 2 paramedik cedera diserang tentera Zionis

GAZA, 2 Julai 2017 (Maan) — Puluhan penduduk Palestin termasuk dua orang paramedik cedera sesak nafas apabila diserang oleh tentera Zionis dalam satu perhimpunan berdekatan bandar Jabaliya di sempadan utara Gaza tengahari tadi.

Tentera Zionis turut menyasar tembakan gas pemedih mata tepat ke sebuah ambulan, menyebabkan seorang paramedik mengalami sesak nafas teruk dan memerlukan rawatan.

Seorang pemuda cedera di bahagian kaki dan dikejarkan ke Hospital Shifa apabila tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dari menara kawalan di pengkalan Nahal Oz.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pemuda Palestin yang berdemonstrasi di kawasan sempadan berdekatan bandar Khuzaa di selatan Gaza, namun tidak ada kecederaan diaporkan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts