Puluhan ribu jemaah dihalang masuk solat Jumaat di al-Aqsa

AL-QUDS, 28 Julai 2017 — Polis Zionis mengenakan sekatan ketat di jalan-jalan Kota Lama al-Quds untuk menghalang puluhan ribu jemaah masuk mendirikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa.

Hanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas dibenarkan masuk, menyebabkan hanya sekitar 10,000 jemaah berjaya mendirikan solat di dalam masjid.

Para jemaah yang lain terpaksa mendirikan solat di atas jalan di sekitar Jalan Salah al-Deen, Pintu al-Amud, Pintu al-Asbat, Ras al-Amoud dan juga Wadi al-Jouz.

Bas-bas yang membawa jemaah dari Wilayah Palestin 1948 dipaksa berpatah balik. Polis turut melepaskan tembakan bom pelali ke arah jemaah di Wadi al-Jouz.

Beberapa orang dirawat oleh pasukan Bulan Sabit Merah Palestin akibat tembakan peluru getah di Pintu Sahira, Kota Lama al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts