Puluhan tahanan Palestin cedera di penjara Nafha

RAMALLAH, 13 Apr 2016 (Maan) — Ketegangan semakin meningkat di penjara Nafha selepas puluhan tahanan Palestin dalam seksyen 14 penjara tersebut tercedera diserang dengan baton dan gas pemedih mata oleh pasukan khas polis Zionis semalam.

Sebahagian daripada mangsa telah dikejarkan ke Hospital Soroka di Beersheba, di mana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka cedera parah, manakala yang lainnya dipindahkan ke penjara terasing.

Pasukan khas polis masih dikerahkan di seluruh kawasan penjara tersebut.

Akhir Mac lalu, tahanan Palestin mengadakan protes supaya dihentikan tahanan secara berasingan, membenarkan keluarga mereka datang berziarah dan menyelesaikan masalah kesesakan dalam penjara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts