PUMA Hentikan Tajaan Pasukan Bola Penjajah Israel

Jenama pengeluar pakaian sukan dan kasut Jerman, Puma akan menamatkan penajaan mereka kepada pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan (Disember 2024)

Keputusan ini adalah suatu kemenangan kepada gerakan Boikot, Nyahlabur dan Sekatan (BDS). Bahkan kemenangan kepada mereka yang menyokong perjuangan Palestin.

Namun PUMA berkata keputusan ni dibuat sebelum berlaku keganasan terbaru di Palestin yang setakat ini telah mengorbankan 18,000 orang rakyat Palestin.

Menurut BDS, PUMA telah menjadi sasaran kempen boikot semenjak 2018 kerana menyokong penjajah Israel ke atas Palestin.

Kemenangan boikot ini adalah kemenangan pahit berbanding apa yang dialami oleh saudara kita di Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts