Pusat rawatan dijadikan berek tentera Zionis

AL-KHALIL, 25 Apr 2016 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menutup jalan masuk ke Pusat Rawatan Kecemasan al-Khalil, mengepung pusat rawatan itu sepenuhnya serta menempatkan puluhan orang askar di atas bumbung bagi menjadikannya sebagai sebuah berek mereka.

Pengarah pusat rawatan tersebut Nader al-Zein melaporkan bahawa tentera Zionis menyerang masuk sejak awal pagi dan menutup jalan masuk dengan menggunakan bongkah batu konkrit, sekaligus menghalang pesakit daripada masuk mendapatkan rawatan. Staf perubatan di situ turut diperlecehkan.

Pusat rawatan tersebut telah beberapa kali diserang masuk tentera Zionis sebelum ini, termasuklah dengan serangan bom pemedih mata dan semburan air najis dan kimia. Ia memberi rawatan kepada lebih 60,000 penduduk Palestin, di mana ratusan pesakit datang untuk mendapatkan rawatan setiap hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts