LONDON, 24 Julai 2017 — Anak lelaki Almarhum Raja Fahd Abdulaziz, Putera Abdulaziz bin Fahd, menyeru seluruh umat Islam dan kaum Arab bangkit dalam solidariti Masjid al-Aqsa, kerana ia menjadi suatu kewajipan untuk membantu saudara mereka di Palestin serta mendukung Masjid suci itu mengikut kemampuan masing-masing.
Melalui laman Twitter beliau Putera Abdulaziz menulis, “Wahai umat Muhammad, tunjukkan kepada mereka siapa kamu, membiarkan Masjid al-Aqsa adalah suatu kehinaan dan Allah akan meminta pertanggungjawaban.”
“Wahai bangsa Muhammad dan Allah, masjid ketiga [al-Aqsa] menjadi tawanan penjajah, tidak adakah lagi orang yang mulia di kalangan kita? Marilah kita lawan, kita akan menang dan berjaya selamatkannya, atau kalah tetapi diampunkan oleh Allah.” (MEMO)