Qaradawi: Palestin adalah tanggungjawab setiap orang Islam

DOHA, 16 Mei 2018 — Ketua Persatuan Ulamak Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, 91, sekali lagi menegaskan bahawa setiap orang Islam di seluruh dunia bertanggungjawab mengambil peduli dan mempertahankan kota Baitulmaqdis.

Pencabulan ke atas kota suci dan tanah wakaf Islam itu tidak hanya membawa kesan kepada penduduk Palestin dan Arab.

“Kami bertegas dan mengulangi lagi bahawa Palestin merupakan tangungjawab utama semua orang Islam, dan ia merupakan satu kewajiban agama dan moral untuk mempertahankannya,” tulis beliau di laman sosial Twitter, selepas Amerika memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke kota suci umat Islam Baitulmaqdis.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts