QFM: Masjid al-Aqsa tempat beribadah bukan tempat pelancongan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2017 — Kenyataan Yayasan al-Quds Malaysia (QFM), sebuah organisasi yang berusaha meningkatkan kesedaran tentang isu-isu al-Quds di kalang penduduk Malaysia dan berpusat di sini, menyebut bahawa Masjid al-Aqsa adalah tempat untuk beribadat bagi kaum Muslimin dan bukan tempat pelancongan.

Tindakan pasukan polis Zionis membawa “pelancong” dari kalangan pelampau Yahudi menceroboh masuk ke tapak suci umat Islam itu sebenarnya merupakan langkah terancang untuk merebutnya dari umat Islam.

Berikut adalah petikan penuh kenyataan tersebut:

“Masjid Al Aqsa merupakan garis merah dan umpama saraf sensitif bagi orang Arab dan kaum Muslimin. Sebarang kerosakan serius dan menyebabkan bencana boleh mengakibatkan satu pemberontakan yang baru muncul. Apa yang kaum ekstremis Yahudi terbitkan di halaman Facebook beberapa hari lepas bahawa, 19,000 puak ekstremis Yahudi telah menyerang Masjid Al Aqsa sejak awal tahun ini. Menyatakan ianya sebagai standard setiap tahun dan bulan sebelum ini. Penegasan semula sasaran terhadap kiblat yang pertama dan masjid kedua serta masjid suci yang ketiga yang masih berdiri, dan penceroboh masih tidak berhenti menyokong untuk terus mengambil alih Masjid Al Aqsa.

Kumpulan sayap kanan yang ekstrem ini juga menegaskan bahawa 500 ekstremis Yahudi telah menyerbu Masjid Al Aqsa pada minggu lepas, iaitu peningkatan sebanyak 142% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Bilangan tersebut adalah dijangka akan berterusan bertambah sebagaimana hasil yang biasa daripada jemputan dan kempen bagi menyebarkan pada kaum Yahudi untuk mengambil bahagian dalam serangan yang hampir setiap hari.

Di bawah puluhan tirai dan ratusan penceroboh yang menyerbu setiap hari, meskipun ianya diterima secara umum, pelancongan seharusnya di bawah pengawasan pihak Wakaf Islam dibawah angka yang sedikit (terhad). Dan bukannya seperti bilangan yang telah mencapai kepada tahap maksimum dengan puak ekstremis Yahudi, dan berada di bawah pengawasan polis serta perisik yang menyerang penjaga maksimum (Wakaf Islam). Malah, pihak Wakaf Islam telah dihalang untuk masuk ke Masjid Al Aqsa, serta ditangkap dan dijauhkan walaupun mereka adalah pekerja untuk menjaganya. Dan seharusnya tugas mereka(pihak Wakaf Islam) adalah membela Masjid Al Aqsa daripada sebarang kemudaratan atau memusnahkannya.

Ini bukan lawatan, tapi merupakan permulaan kepada pencerobohan besar-besaran terhadap Masjid Al Aqsa. Iaitu untuk merebut bahagian dalamannya, dari atas hingga ke bawah, dan merebut seluruh bahagian luaran. Dan ia merupakan bukti kekuatan pencerobohan yang terancang. Ini mengesahkan bahawa undangan itu menjadi jelas dan tepat, dan pihak penceroboh telah meminta untuk mempercepatkan dengan segera pembangunan palsu “struktur mitos” di atas runtuhan Masjid Al Aqsa. Seperti mesyuarat rasmi yang diadakan di Bangunan Knesset, yang telah menyeru untuk membina kuil yang melantun di atas runtuhan Masjid Al Aqsa yang diberkati. Dan ini bermakna bahawa pencerobohan ini telah mengalahkan semua bantahan (UNESCO)dan protes orang Arab dan Islam.

Penceroboh telah menjadikan kuadrat ini umum, dan mereka mencuba untuk mengeksploitasi Masjid Al Aqsa tanpa hak dan izin serta batasan atau perhitungan daripada pihak Wakaf Islam. Dan bagi mereka yang menentang, akan ditangkap dan dihalang dari memasuki Masjid Al Aqsa. Persoalannya disini, Siapa yang akan menghentikan serangan ini?

Rakyat Jerusalem yang menggagalkan percubaan membangunkan pintu automatik dan kamera berteknologi tinggi berbekalkan perpaduan dan keteguhan mereka serta perjuangan damai mereka terhadap pencerobohan secara penuh terhadap Masjid Al Aqsa. Mereka memerlukan orang yang menyokong mereka melalui langkah yang praktikal untuk menentang pencabulan serta mencari penyelesaian bagi pencerobohan ini. Oleh itu, tanggungjawab memelihara tempat suci umat Islam ini bukan terletak pada bahu Rakyat Palestin sahaja, tetapi orang Arab dan orang Islam juga perlu menggalas tanggungjawab pertama dan terakhir terhadap nasib Masjid Al Aqsa dan Baitul Maqdis. Maka, ia tidak sepatutnya memberi rundingan sebagai penutup atau memberikan penyerahan, tapi untuk menarik balik inisiatif Arab dari agendanya. Dan bergerak untuk membangunkan strategi yang mendalam untuk melindungi Masjid Al Aqsa dan Baitul Maqdis, serta menjadikan mereka di puncak keutamaan. Tugas mereka adalah untuk bergerak ke segala arah, trek dan tahap dalam organisasi antarabangsa serta hak asasi manusia dan jenayah, agar memberi tekanan kepada penceroboh untuk berhenti mengganggu Masjid Al Aqsa yang diberkati. Kami mengharapkan Umat Islam dan dunia Arab yang rasminya terkenal untuk mengumumkan draf pembebasan Masjid Al Aqsa serta Baitul Maqdis.

Langkah harian kaum Israel dan pencerobohannya terhadap Masjid Al Aqsa ini memerlukan Rakyat Palestin dan Jordan untuk meningkatkan pergerakan di peringkat antarabangsa untuk menamatkannya, yang mana Masjid Al Aqsa merupakan tempat untuk beribadat bagi kaum Muslimin dan bukan tempat pelancongan. Manakala Jordan sebagai penjaga tempat suci kini sedang mempercepat pembentukan jawatankuasa bersama untuk menindaklanjuti tindakan pihak penceroboh Israel terhadap Masjid Al Aqsa, yang mana sedang berusaha untuk membahagikannya secara spasial selepas ia dibahagikan di bawah nama pelancongan.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts