Rabai bersama pegawai perisikan dan pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 9 Ogos 2020 — Seramai 60 pendatang Yahudi bersama para rabai dan pegawai perisikan Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dalam beberapa gerombolan berbeza pagi tadi.

Mereka diiring dan dikawal oleh pasukan polis Zionis, berarak di atas tapak suci umat Islam itu sambil melakukan ritual Talmud berdekatan dewan solat Bab al-Rahmah.

Terdahulu, polis Zionis mengisyihar kawasan timur Masjid al-Aqsa berdekatan Bab al-Rahmah sebagai zon larangan, di mana para jemaah dilarang mendekatinya.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts