Rabbi Glick Pimpin Yahudi Fanatik Ceroboh Al-Aqsa

glick0AL-QUDS, 11 Ogos 2014 (PIC) — Rabbi Yehuda Glick memimpin 15 orang pendatang Yahudi yang fanatik menceroboh masuk ke perkarangan masjid al-Aqsa semalam. Kumpulan tersebut dikawal rapi oleh polis khas Zionis.

Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa dalam kenyataan medianya menyebut kumpulan penceroboh tersebut meninjau kawasan plaza masjid dan melakukan upacara keagamaan mereka di kawasan Bab el-Rahma, di kawasan timur masjid.

Ratusan pelajar al-Quran dan penjaga masjid melaungkan takbir sebagai memprotes tindakan pelampau Yahudi menceroboh masuk dan melakukan upacara keagamaan mereka di kawasan masjid suci itu.

Kebelakangan ini pelampau Yahudi, biasanya lengkap dengan kawalan polis dan askar Zionis, sering menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa. Tindakan ini menimbulkan pertempuran di antara jemaah masjid dan polis Zionis.

Rabbi Yehuda Glick merupakan seorang aktivis pelampau yang memperjuangkan usaha pembinaan Kuil Ketiga (Solomon Temple) di kawasan masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts