Rabbi Yahudi Seru Musnahkan Penempatan Palestin

Sebuah majalah Zionis, antara majalah popular di Israel telah mensloganlan agar penempatan Palestin dimusnah.

Majalah mingguan yang diedarkan di rumah-rumah ibadat Yahudi di seluruh Israel telah menerbitkan sebuah pendapat daripada salah seorang penasihat rabi utama mereka yang mengatakan bahawa pemusnahan itu adalah “tugas yang sah”, demikian laporan akhbar Israel Ynet pada Sabtu (14/1).

Para rabi membuat kenyataan bahawa Palestin sebagai “raksasa”, di mana dalam teks agama mereka mengatakan bahawa Tuhan memerintahkan bangsa Israel untuk membantai mereka, anak-anak mereka, wanita mereka, orang tua mereka, bahkan binatang ternak mereka sejak daripada dua ribu tahun lalu.

Menurut rabi mereka, Taurat (yang teleh mereka selewangkan) mewajibkan orang Yahudi untuk menghapuskan jejak “raksasa” di era ini, merujuk kepada Palestin.

Pemikir Yahudi, Audi Aloni berkata seruan untuk melenyapkan Palestin secara terbuka telah dilakukan di rumah-rumah ibadat Yahudi telah menjadi pilihan yang praktikal. (pic)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts