Raed Al-Saadi memasuki tahun ke-28 merengkok dalam penjara Zionis

JENIN, 28 Ogos 2016 (Maan) — Raed Muhammad al-Saadi hari ini memasuki tahun ke-28 ditahan dalam penjara Zionis, menjadikan beliau tahanan Palestin paling lama sedang merengkok dalam penjara.

Raed, 49, yang berasal dari perkampungan Silat al-Harithiya di wilayah Jenin ditangkap pada 18 Ogos 1989. Beliau dikenakan dua hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membuat serangan yang menyebabkan beberapa orang askar dan pendatang Yahudi mati ketika kempen Intifadah Pertama.

Raed merupakan salah seorang daripada 30 penduduk Palestin yang ditahan sejak sebelum Perjanjian Oslo, di mana 15 daripada mereka dikenakan hukuman penjara lebih daripada 25 tahun.

Pertubuhan hak asasi Addameer menyatakan seramai 7,000 penduduk Palestin sedang dikurung dalam penjara Zionis sehingga bulan Julai lalu, di mana 458 orang dikenakan hukuman seumur hidup.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts