AL-QUDS, 28 Okt 2015 (PIC) — Rejim Zionis menjatuhkan hukuman penjara selama 11 bulan kea atas ketua Pergerakan Islam di wilayah Palestin 1948 yang terjajah, Sheikh Raed Salah.
Hukuman tersebut akan bermula pada 15 November setelah beliau menyerah diri kepada pihak polis Zionis. Hukuman tersebut mengakhiri episod pengadilan yang panjang sejak tahun 2007, yang juga digelar sebagai kes “Wadi al-Joze”. Sheikh Raed yang juga dikenali sebagai Sheikh Al-Aqsa dituduh menghasut terhadap pemerintahan rejim Zionis dalam satu khutbah Jumaat yang disampaikan di Wadi al-Joze di wilayah Al-Quds yang terjajah pada tahun 2007.
Pihak pendakwa menuntut supaya beliau dikenakan hukuman selama 18 hingga 40 bulan.