Rafi’ Salamah : Lelaki Misteri di Gaza

Beberapa hari lepas, perang psikologi telah dibuat oleh Tentera Penjajah Israel (IOF) terhadap Gaza. Perang psikologi tersebut diedarkan melalui kertas.

Perang psikologi tersebut menyatakan jika anda menyerahkan Muhammad Sinwar, Yahya Sinwar, Rafi’ Salamah dan Muhammad Deif akan mendapat hadiah ganjaran dalam bentuk wang tunai.

Hadiah wang tunai pula bukan sedikit tetapi berjumlah ratus ribu dolar amerika!

Salah seorang nama yang disenaraikan oleh IOF iaitu Rafi’ Salamah adalah misteri. Hinggakan wartawan di Gaza juga tidak dapat maklumat berkaitan beliau. Apatah lagi kita di Malaysia!

Maklumat Ali Abu Rizq, Rafi’ Salamah ialah Panglima Utama al-Qassam di Khan Younis. Satu unit yang dipenuhi dengan pasukan gerakan khas.

Rafi’ adalah bekas pegawai tinggi di Sekolah Hourni di Khan Younis. Kemudian bersara untuk berkhidmat penuh dengan Briged al-Qassam.

Kebanyakan rakyat di Gaza mengenali beliau di Gaza sebagai “pegawai” di sekolah.

Ibu beliau iaitu Rahimah Salamah telah syahid kerana telah menghalang IOF dari menangkap anak beliau. Tambahan pula, ayah saudara beliau bernama Jawad Abu Syamala adalah ahli Biro Politik HAMAS di Gaza.

Jawad adalah individu yang rapat dengan Yahya Sinwar dan telah dilantik untuk memegang posisi penting penting HAMAS setelah mereka memenangi pilihanraya pada 2021. Namun telah syahid pada peringkat awal meletusnya Tufan al-Aqsa.

Semoga Allah melindungi Rafi’ Salamah!

Sumber : X Anasbadlatif

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts