Raja Jordan Seru Kongres Amerika Yahudi Serius Terlibat Dalam Usaha Perdamaian di Palestin

18 Nov, Amman – Raja Abdullah pada Selasa (17/11) menyeru organisasi-organisasi Yahudi Amerika untuk menyokong usaha-usaha antarabangsa untuk mencapai kedamaian sebagai jaminan hak rakyat Palestin, terutamanya bagi sebuah negara merdeka.

Raja abdullah dan Permaisuri Rania bertemu wakil Kongres Amerika Yahudi di Amman pada Selasa. Gambar oleh Yousef Allan
Raja Abdullah dan Permaisuri Rania bertemu wakil Kongres Amerika Yahudi di Amman pada Selasa. Gambar oleh Yousef Allan

Raja Abdullah menyampaikan kata-katanya pada satu perjumpaan dengan satu delegasi dari Kongres Amerika Yahudi yang turut dihadiri Permaisuri Rania.

Pada perjumpaan tersebut, perbincangan-perbincangan meliputi langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi sebarang halangan dalam usaha mencapai kesepakatan perdamaian Palestin-Israel, agar usaha ini lebih berkesan dan serius untuk menyelesaikan konflik berdasarkan penyelesaian dua negera secepat mungkin.

Raja Abdullah berkata usaha menzahirkan keamanan merupakan kepentingan strategik bagi rantau ini dan dunia. Katanya membina keamanan memerlukan perhatian antarabangsa yang intensif bagi mewujudkan persekitaran yang damai dan bebas, seterusnya usaha tersebut akhirnya akan membawa kemakmuran dan pembangunan serantau.

Pada perjumpaan itu lagi, Raja Abdullah mengingatkan bahawa sebarang kegagalan dalam menjayakan  usaha murni ini akan mensia-siakan peluang yang semakin hampir bagi merealisasikan satu perdamaian yang komprehensif. Kegagalan dalam  proses damai nanti akan membawa lebih ketegangan dan konflik dalam rantau ini, menghalang kemanusiaan daripada hidup dengan keamanan dan hal ini tentu akan menjejaskan keseluruhan dunia. JT

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts