Rakyat Afrika Selatan Akan Didakwa Jika Menyertai Peperangan Bersama Zionis Israel

“Warga Afrika Selatan yang berjuang untuk Israel di Gaza boleh didakwa oleh negara asal.” Kementerian Luar Negeri Afrika Selatan

Kementerian luar negeri menyatakan bahawa mereka “sangat bimbang” dengan laporan-laporan bahawa beberapa tentera Israel yang juga warganegara Afrika Selatan telah menyertai Tentera Penjajah Israel (IOF) untuk “berjuang” di Gaza atau sedang mempertimbangkan untuk berbuat demikian.

Tindakan seperti itu boleh menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah antarabangsa.

Kerajaan Afrika Selatan melalui Agensi Keselamatan Negara (SSA) sedang menjejaki mereka yang menyertai peperangan ini. Warganegara yang telah dinaturalisasi berisiko kehilangan kerakyatan Afrika Selatan.

Afrika Selatan merupakan penyokong perjuangan Palestin melalui parti pemerintahnya iaitu African National Congress (ANC).

Presiden Ramphosa terus mengecam serangan genosid dan pembunuhan rakyat palestin. Malah turut mengeluarkan diplomat mereka daripada negara penjajah tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts