Aysenur Ezgi Eygi, seorang aktivis berasal dari Turki dengan kerakyatan Amerika, mati selepas ditembak di kepala oleh tentera IOF semasa protes mingguan anti-petempatan di bandar Beita dekat Jabal Sbeih, selatan Nablus.
Dia secara sukarela bersama kempen Faz3a untuk menyokong dan melindungi petani Palestin daripada pencabulan penjajah dan orang awam zionis.
Seperti Rachel Corrie, Aysenur berdiri dalam solidariti dengan rakyat Palestin dan memilih untuk membayar harga tertinggi untuk komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap pembebasan dan penentangan terhadap penjajah.