Rami al-Najjar dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun

GAZA, 14 Julai 2016 (PIC) — Mahkamah Zionis di Beersheba menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun ke atas tahanan Rami al-Najjar.

Rami, yang berasal dari kem pelarian al-Shati di Gaza, disabitkan bersalah menjadi anggota Briged Saraya al-Quds iaitu pasukan pejuang bagi Pergerakan Jihad Islami.

Bapa kepada dua orang anak itu ditahan sejak 1 Jun 2015.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts