TEBING BARAT, 3 Jan 2017 (Alray) — Laporan Pusat Kajian Abdullah Hourani menunjukkan peningkatan ketara dalam rampasan tanah Palestin di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 127% berbanding tahun sebelumnya.
Sepanjang 2016, rejim Zionis mengeluarkan sebanyak 27,335 permit pembinaan rumah untuk penempatan haram Yahudi terutamanya di al-Quds, Salfit, Bethlehem, Hebron, dan Ramallah. Pihak rejim turut menyediakan dana jutaan Shekel bagi tujuan pembinaan tersebut.
Semua tanah yang dirampas diisytiharkan sebagai “harta Negara.” 70% daripadanya adalah di dalam wilayah al-Quds, yang menjadi sasaran rejim untuk menghapuskan identiti Arab Islam dan Kristian.