Majid Al Futtaim Group, rakan kongsi Kumpulan Perancis Carrefour di kebanyakan wilayah Arab, mengumumkan penamatan sepenuhnya urusan komersialnya dengan Carrefour di Jordan.
Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin (BNC), gabungan terbesar Palestin yang mengetuai pergerakan BDS global, melancarkan kempen global untuk memboikot Carrefour pada Disember 2022, berikutan keterlibatan kumpulan runcit global Perancis dengan penjajah Israel.
Salah satu kedai turut melancarkan kempen untuk mengutip derma bagi menyokong askar Israel yang “berani” mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai.
Carrefour Israel turut mempunyai perjanjian perkongsian dengan syarikat teknologi Israel dan bank yang terlibat dalam jenayah perang Israel dan pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.
Carrefour di Jordan terpaksa menutup beberapa cawangannya sepanjang tahun lalu, membawa kepada keputusan untuk menamatkan keseluruhan operasinya di negara itu.
Aktivis BDS telah merekodkan penutupan kedai Carrefour negara lain di rantau Arab.