Ratusan pendatang dan pelancong Yahudi ceroboh al-Aqsa pada hari terakhir Sukkot

AL-QUDS, 23 Okt 2016 (Maan) — Seramai 346 pendatang Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magahreebah dalam kumpulan berbeza hari ini, iaitu hari ketujuh dan terakhir bagi perayaan Sukkot.
Seramai 242 orang menceroboh masuk dari jam 7:30 pagi hingga 11:00 pagi, manakala 104 orang lagi pada jam 1:30 tengahari.
Sementara itu lebih 860 pelancong asing turut diberi laluan masuk dan berarak di perkarangan masjid suci itu pagi tadi.
Pasukan polis Zionis berkawal di semua pintu masuk masjid serta merampas kad pengenalan para jemaah sebelum membenarkan mereka masuk.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts