Ratusan pendatang Yahudi ceroboh masuk tapak bersejarah di Nablus

NABLUS, 17 Jun 2016 (PIC) — Ratusan pendatang Yahudi yang diiringi oleh tentera Zionis menyerbu masuk tapak bersejarah Bernat di bandar Asirah Ashamaliya berdekatan Nablus dan melakukan ritual Talmud di situ pagi tadi.

Para pendatang Yahudi mendakwa tapak berkenan mempunyai sebuah monumen Yahudi, tanpa menghiraukan bahawa kawasan tersebut adalah milik penduduk Palestin yang mempunyai dokumen sah.

Pada bulan April tahun lalu, rejim Zionis mengumumkan tapak tersebut sebagai tempat suci bersejarah Yahudi (altar of Joshua) dan menyeru para pendatang supaya melakukan ritual mereka di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts