Ratusan pendatang Yahudi ceroboh masuk tapak sejarah Islam di Nablus dan Salfit

NABLUS, 2 Ogos 2016 (PIC) — Tentera Zionis mengawal ketat ratusan pendatang Yahudi yang menceroboh masuk kota Nablus awal pagi tadi, untuk melakukan ritual agama mereka di Makam Nabi Yusuf. Manakala sekumpulan pendatang Yahudi yang bersenjata kemudiannya memasuki bandar Kifl Haris di utara kota Salfit.

Sekumpulan tentera menceroboh masuk kawasan timur kota Nablus, tempat terletaknya Makam Nabi Yusuf, selepas tengah malam tadi dan menutup jalan-jalan di kawasan tersebut serta menduduki bumbung-bumbung bangunan di sekitarnya.

Tidak lama selepas itu puluhan buah bas membawa pendatang Yahudi melintasi sekatan Beit Furik, memasuki kota dengan dikawal ketat oleh kenderaan tentera.

Dalam pada itu, pertempuran di antara tentera Zionis dan penduduk Palestin tercetus di beberapa kawasan laluan masuk sekitar Makam Nabi Yusuf.

Kemudiannya pada awal pagi, segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk bandar Kifl Haris di Salfit dan menodai kawasan perkuburan Islam di situ dengan melakukan provokasi dan ritual agama mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts