BAITULMAQDIS, 27 Julai 2018 — Ratusan penduduk Palestin mendirikan solat Jumaat di perkampungan Khan al-Ahmar di timur kota Baitulmaqdis, sebagai membantah cubaan rejim Zionis untuk memusnahkan perkampungan itu dan menghalau penduduknya keluar.
Bulan lalu, rejim Zionis mengumumkan keputusan untuk meroboh Khan al-Ahmar bagi memberi laluan kepada pembinaan penempatan haram Yahudi.
Penduduk turut mengadakan perhimpunan bantahan di laluan pintas penempatan haram Yahudi berdekatan Khan al-Ahmar.
(PIC)