Rebook ‘pijak’ penduduk Palestin dengan kasut khas ‘Israel 68’

LONDON, 9 Mei 2016 (EI) — Syarikat pengeluar produk sukan Reebok melancarkan pengeluaran kasut edisi terhad bagi menyambut apa yang digelar oleh rejim Zionis sebagai “Hari Kemerdekaan.”

Kasut bewarna biru dan putih, menggambarkan warna bendera Zionis, dan tertulis perkataan “Israel 68” akan dijual melalui lelongan di laman Facebbok Reebok dari 12 Mei hingga 7 Julai, sekaligus menyebarkan agenda Zionis mengelabui sejarah dan kejahatan mereka merampas Palestin ke seluruh dunia.

Pada 12 Mei 1948, lebih 500 kampung Palestin dimusnahkan oleh tentera Zionis sehingga 700,000 penduduk asal Palestin terhalau keluar meninggalkan tanah mereka. Setelah 68 tahun, Reebok kini bersekongkol membantu rejim Zionis memijak-mijak rakyat Palestin atas nama sukan dan kemerdekaan.

Reebok merupakan milik syarikat Jerman, Adidas Group, yang menaja aktiviti dan pasukan sukan utama dunia.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts