Rejim penjajah Zionis roboh perkampungan al-Araqib kali ke-93

GURUN NAQAB, 19 Jan 2016 (PIC) — Rejim Zionis hari ini memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqib untuk kali ke-93, atas alasan ianya dibina tanpa kebenaran.

Pemimpin perkampungan tersebut, Aziz al-Touri, dalam kenyataannya kepada Quds Press menyebut tentera penjajah menceroboh masuk pada awal pagi dan menghalau semua penduduk keluar dengan ugutan menggunakan senjata, sebelum mula merobohkan rumah-rumah mereka.

Kini penduduk al-Araqab, yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, hilang tempat berteduh mereka dalam keadaan musim sejuk yang sangat mencengkam.

Aziz bagaimanapun menegaskan bahawa penduduk al-Araqib yang berjumlah 400 orang itu akan tetap bertahan di situ dan tidak sekali-kali akan meninggalkan tanah mereka. Mereka akan membina semula rumah-rumah yang dirobohkan.

Rejim penjajah merancang untuk membina penempatan haram yahudi dan kawasan hutan hijau di kawasan tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts