Rejim Zionis akan bahas undang-undang haramkan azan

AL-QUDS, 10 Nov 2016 (PIC) — Jawatankuasa Kementerian Undang-Undang Zionis dijadual membahaskan cadangan bagi mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara Ahad ini.

Undang-undang yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Motti Yogev itu mencadangkan supaya laungan azan diharamkan di semua masjid di wilayah Palestin yang diduduki. Nota undang-undang tersebut menyebut, “Ratusan ribu penduduk Israel, di Galilee, Gurun Naqab, al-Quds, Tel Aviv-Jaffa dan beberapa kawasan di tengah Israel, secara rutin dan setiap hari menderita akibat gangguan bising daripada laungan azan.”

Sejak 2010, undang-undang seumpama itu pernah beberapa kali dicadangkan kepada jawatankuasa tersebut, bagaimanapun ia tidak pernah dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat. Cadangan kali ini mendapat sokongan padu daripada tokoh-tokoh politik Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts