Rejim Zionis akan bina 153 unit rumah baharu untuk penempatan haram di Salfit dan al-Quds

AL-QUDS, 26 Jan 2016 (IMEMC) — Kementerian Perang penjajah Zionis meluluskan rancangan untuk membina 153 unit rumah baharu di kawasan penempatan haram Gush Etzion di al-Quds dan juga Ariel di Salfit.

Tindakan tersebut sekaligus menamatkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan Yahudi di dalam wilayah Palestin sejak 18 bulan lalu. Menurut pertubuhan hak asasi Peace Now, Kementerian Perumahan Zionis merancang untuk membina 55,548 unit rumah baharu di Tebing Barat termasuk 8,300 buah di dua kawasan penempatan haram baharu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts