Rejim Zionis akan bina kolej tentera di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 15 Ogos 2018 — Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Bandar Zionis telah meluluskan rancangan membina kolej tentera di atas tanah penduduk Palestin di perkampungan Ein Karem di barat daya Baitulmaqdis.

Rancangan tersebut diluluskan walaupun mendapat bantahan dari pihak gereja Franciscan, yang bimbang ia akan merosakkan kawasan tapak suci Kristian Mary’s Spring.

Ein Karem merupakan salah satu perkampungan terbesar dan terpenting di Baitulmaqdis. Ia terletak di sepanjang lebuhraya yang menghubungkan Baitulmaqdis dan Yaffa. Penduduknya dihalau keluar ketika peristiwa Nakba 1948.

Tentera Zionis terus menyasarkan tapak-tapak penting Islam dan Kristian di Palestin dengan menjadikannya sebagai “zon tentera”.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts