Rejim Zionis akan kurangkan bekalan elektrik ke Gaza

BAITUL MAQDIS, 12 Jun 2017 (MEMO) — Kabinet Zionis semalam menerima cadangan dari pihak tentera supaya tidak mengambil langkah melonggarkan sekatan ke atas Gaza, sebaliknya mengurangkan bekalan elektrik ke wilayah terkepung itu sebanyak 40% sebagaimana disyor oleh Presiden Mahmoud Abbas.

Tindakan tersebut akan menyebabkan penduduk Gaza mendapat bekalan tenaga elektrik kurang dari dua jam sehari.

Dalam mesyuarat kabinet tersebut, Ketua Staf Tentera Zionis, Gadi Eisenkot, serta ketua perisikan tentera Zionis, Hertzi Halevy, mengesahkan keadaan di Gaza semakin teruk, tetapi mengalu-alukan langkah memberi tekanan ke atas Hamas sekalipun tindakan mengurangkan bekalan elektrik mungkin akan meningkatkan kebangkitan rakyat Gaza.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Mahmoud Abbas sebelum ini membayar US$11.3 juta sebulan kepada rejim Zionis untuk bekalan elektrik ke Gaza. Namun kini mereka hanya bersedia untuk membayar sekitar US$7 juta sebulan.

PA cuba menggunakan isu bekalan elektrik untuk menekan Hamas supaya menyerahkan kuasa ke atas Gaza kepada mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts