Rejim Zionis akan roboh 4 rumah, 2 masjid di Beit Lahm

BEIT LAHM, 25 Julai 2018 — Pihak berkuasa Zionis hari ini menyerahkan notis meroboh empat buah rumah dan dua buah masjid tenggara wilayah Beit Lahm, selatan Tebing Barat.

Empat buah rumah yang belum didiami itu terletak di perkampungan Kisan. Sementara dua buah masjid tersebut terletak di kawasan al-Halaqeen. Semua bangunan terbabit didakwa dibina tanpa kebenaran.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts