Rejim Zionis akan roboh 5 bangunan menempatkan 138 apartmen keluarga Palestin

BEIT LAHM, 29 Okt 2017 — Pihak perbandaran Zionis akan meroboh lima buah bangunan yang menempatkan 138 buah apartmen, 20 daripadanya sudah didiami, di bandar Kafr Aqab.

Semua apartmen terbabit telah dijual kepada keluarga Palestin.

Kafr Aqab terletak dalam kawasan Tebing Barat di sebalik Tembok Pemisah, namum diletak di bawah kuasa perbandaran Zionis di al-Quds.

Minggu lalu, mahkamah daerah Zionis di al-Quds menolak rayuan penduduk Kafr Aqab, dan membenarkan pihak berkuasa untuk meroboh bangunan terbabit segera.

Sejak Tembok Pemisah dibina, penduduk Kafr Aqab terpaksa membina rumah tanpa kebenaran, kerana semua permohonan mereka ditolak. Bahkan sejak tahun 2001, rejim Zionis tidak pernah meluluskan sebarang permit pembinaan kepada keluarga Palestin di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts