Ringkasan

Rejim Zionis akan roboh masjid di kota Baitulmaqdis

KOTA BAITULMAQDIS, 14 Sep 2020 — Pihak perbandaran Zionis di kota Baitulmaqdis mengeluarkan notis arahan meroboh Masjid al-Qa’qa’ di kejiranan Ain al-Luza di daerah Silwan, di selatan Masjid al-Aqsa.

Mahkamah Zionis menolak rayuan penduduk, dan masjid tunggal di kawasan di Ain al-Luza itu akan diroboh dalam tempoh 30 hari.

Pihak penjajah sebelum ini telah mengeluarkan beberapa notis perobohan ke atas masjid tersebut, mendakwa ianya sebagai sebuah rumah. Bangunan dua tingkat di atas tanah seluas 130 meter persegi itu dibina lapan tahun lalu. Tingkat bawah digunakan sebagai dewan seolat wanita, sementara jemaah lelaki bersolah di tingkat atas. Seramai 7,000 penduduk menggunakan masjid tersebut.

Sementara itu, rejim Zionis turut menyerahkan arahan meroboh rumah Setiausaha pergerakan Fatah, Ahmed Al-Abbasi, yang terletak di bandar Silwan.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts