AL-QUDS, 9 Ogos 2016 (PIC) — Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Zionis bagi hal ehwal luar dan pertahanan, Avi Dichter, semalam mengumumkan bahawa pihak rejim akan menyerap kawasan Maale Adumim, sebuah penempatan haram Yahudi terbesar di Tebing Barat, menjadi sebahagian daripada wilayah pemerintahan mereka pada bila-bila masa.
Dichter berkata, “Hanya tunggu masa. Ia bukan lagi persoalan samada Maale Adumim akan menjadi sebahagian daripada Israel, tetapi bilakah masanya.” Beliau turut mendakwa bahawa rancangan tersebut telah mendapat sokongan Amerika sejak beberapa tahun lalu.
Lebih 40,000 pendatang Yahudi tinggal di penempatan yang dibina secara haram di atas tanah penduduk Palestin itu, hanya beberapa kilomenter dari al-Quds Timur.