Rejim Zionis ancam roboh 18,000 rumah di Kota Baitulmaqdis

KOTA BAITULMAQDIS, 24 Ogos 2020 — Rejim Zionis mengancam untuk meroboh sekurang-kurangnya 18,000 buah rumah penduduk Palestin di Kota Baitulmaqdis, sedangkan sebanyak 15,000 rumah baharu diperlukan terutama untuk generasi muda.

Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Gabenor Kota Baitulmaqdis, Abdullah Siam dalam satu temubual radio hari ini. Menurut beliau, kelicikan rejim penjajah dilaksanakan dalam bentuk hukuman kolektif serta pemindahan secara paksa, dalam rangka meluaskan penempatan Yahudi dan menghalau keluar penduduk Palestin dari kota suci itu.

Sejak awal tahun ini, kira-kira 650 arahan perobohan telah dikeluarkan oleh rejim penjajah.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts