Rejim Zionis arah rampas 20 hektar tanah penduduk Palestin di Beit Lahm

BEIT LAHM, 3 Ogos 2020 — Rejim penjajah Zionis hari ini mengarahkan tenteranya merampas 20 hektar tanah milik penduduk Palestin berdekatan perkampungan Kisan di timur kota Beit Lahm.

Segerombolan tentera Zionis menyerbu kawasan al-Tina di perkampungan tersebut, dan menyerahkan notis kepada pemilik-pemilik bahawa tanah mereka dirampas untuk tujuan ketenteraan. Semua penduduk kini dilarang memasuki kawasan terbabit.

Dalam kes berasingan di perkampungan Kisan, tentera menyerahkan notis kepada seorang penduduk supaya meroboh kandang ternakannya atas alasan dibina tanpa permit.

Seramai 800 orang tinggal di perkampungan Kisan, yang dikelilingi oleh dua kawasan penempatan haram Yahudi. Lebih separuh daripada kawasan perkampungan itu telah dirampas untuk tujuan penempatan haram. Ia terletak dalam Kawasan C Tebing Barat, yang dikawal penuh oleh tentera Zionis.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts